Bola Sepak

Insiden pengadil diserang , SUFC sedia beri kerjasama – Posa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Posa memohon maaf bagi pihak SUFC atas insiden yang berlaku Jumaat lalu.

SARAWAK United FC bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyiasat barisan pemain dan pengurusannya susulan insiden yang di Stadium KLFA, Cheras, Jumaat lalu.

Pengerusinya, Datuk Posa Majais berkata, sebagai pasukan yang mempunyai intergriti, kami juga mahu setiap perlawanan itu disertai dengan baik dan adil agar setiap kekalahan dan kemenangan dapat diterima dengan baik kedua-dua pasukan.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada MFL dan FAM untuk menyiasat individu-individu yang terlibat dan di pihak SUFC mahupun di pihak lain,” ujarnya.

Pada masa sama,  SUFC juga ingin membuat kenyataan maaf susulan insiden yang berlaku di antara pegawai, pemain dan pengadil, Mohd Kamil Zakaria Ismail sebaik perlawanan Sarawak United FC-Negeri Sembilan FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

“Permohonan maaf ini ditujukan kepada MFL, FAM dan pihak-pihak yang terlibat dalam penganjuran perlawanan pada malam tersebut.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat memberikan apa-apa ulasan berkenaan perkara ini memandangkan ianya masih dalam penilaian dan siasatan. Keputusan berkenaan perkara ini mungkin akan diketahui dalam masa terdekat,” jelasnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan SUFC sebentar tadi.

Posa berkata, diharapkan permohonan maaf ini dapat meredakan sedikit keadaan dan memberikan sedikit peluang kepada pasukan Sarawak United untuk menjadikan ianya satu pengajaran kepada pasukan kami sendiri.

“Seribu kemaafkan juga kami tujukan kepada penyokong kami atas kejadian ini yang pastinya sedikit sebanyak mengundang emosi mereka.

“Kami berharap pihak MFL dan FAM mengambil pertimbangan dan keputusan secara telus berkaitan insiden ini,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: