Bola Sepak

Sejarah pahit untuk bangkit – Azman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Perak FC menamatkan aksi terakhir dengan kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC, malam tadi.

PERAK FC akan menjadikan sejarah pahit terjerumus dalam saingan Liga Premier musim depan sebagai satu iktibar untuk bangkit dan menjadi yang lebih hebat.

Pengurus Besar Perak FC Azman Noh berkata, apa yang terjadi ini akan menentukan sama ada kita terus jatuh atau bangkit untuk menjadi lebih hebat.

“Proses untuk bangkit semula bukan hanya retorik, malah akan dimanifestasikan dengan perubahan-perubahan yang bakal dilakukan.

“Pihak pengurusan Perak FC dan pemain memilih untuk menjadikan sejarah pahit ini sebagai iktibar untuk bangkit menjadi yang lebih hebat.

“Perak FC ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penyokong dan peminat yang telah memberi sokongan padu, setia bersama pasukan sepanjang Liga Super,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Jelasnya lagi, pasukan akan memberi fokus kepada kepada saingan Piala Malaysia dengan melakukan persediaan serta merta.

“Iltizam kami adalah untuk tidak mengecewakan peminat, yang sentiasa menjadi pemain nombor 12 Perak FC. Insya Allah, para pemain masih terus bersemangat dan akan bermain bermati-matian.

“Terima kasih sekali lagi kepada penyokong dan peminat. Kita jumpa pada saingan Piala Malaysia dan Liga Perdana.

“Yakinlah, ini bukan pengakhiran The Bos Gaurus, kita akan bangkit,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: