Bola Sepak

“Keputusan pengadil adalah tepat” – Sivasundaram

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sharbinee Allawee Ramli

PENGERUSI Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk S.Sivasundaram mengesahkan keputusan pengadil Muhammad Kamil Zakaria berkaitan insiden ketika perlawanan Sarawak United dengan Negeri Sembilan FC Jumaat lalu.

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Sarawak United FC Sharbinee Allawee Ramli telah diperintah keluar padang (kad merah) kerana berkelakuan ganas.

“Perlawanan bola sepak antara pasukan Sarawak United FC menentang Negeri Sembilan FC merupakan perlawanan yang sengit antara kedua-dua pasukan untuk merebut kejuaraan Liga Premier 2021.

“Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil mengesahkan bahawa keputusan pengadil perlawanan pada malam itu (Muhammad Kamil Zakaria) adalah tepat (Sepakan Penalti + Kad Merah). Perkara ini adalah selari dengan lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22 yang digariskan oleh IFAB, di bawah Undang-undang 12.

“Dalam lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22, di bawah Undang-undang 5 juga ada menyatakan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad.

“Sehubungan dengan itu pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengingatkan semua Pemain dan Pegawai Pasukan agar menyalurkan aduan atau bantahan mereka melalui saluran yang betul.

“Tindakan agresif dan menyerang pegawai perlawanan adalah sesuatu yang ditegah serta mencemarkan imej bola sepak Malaysia secara keseluruhannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Dalam pada itu, Sivasundaram memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengadil FAM, setiap cadangan untuk penambahbaikan pengadil akan dinilai dengan sebaiknya.

“Tindakan yang sewajarnya juga akan diambil terhadap pegawai perlawanan yang didapati terkhilaf dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: