
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
SARAWAK United FC, (SUFC) percaya gelaran kejuaraan Liga Premier 2021 masih walaupun mereka tewas 0-1 ditangan Negeri Sembilan United FC, malam tadi.
Tetap menaruh keyakinan dan enggan mengibarkan bendera putih bagi perebutan tampuk kejuaraan Liga Premier 2021, SUFC yang hanya ketinggalan satu mata akan terus berjuang sehingga aksi terakhir.
Pengendalinya, E Elavarasan tetap yakin dan berpendirian teguh dalam bola segala-galanya boleh berlaku selain aksi terakhir menjadi penentu.
“Perebutan kejuaran masih belum berakhir dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku, bola itu bola.
“Susah nak cakap kita tengoklah sehingga perlawanan terakhir, mereka (NSFC) akan berjumpa PDRM yang juga memburu slot Piala Malaysia dan kejayaan lebih baik.
“Mereka juga akan kehilangan Francis Kone yang dilayangkan kad merah malam ini, jadi pemain tidak akan berputus asa sehinggalah aksi terakhir,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras jaringan tunggal Francis Kone pada masa kecederaan babak kedua memastikan tiga mata penuh buat NSFC.
Pada aksi terakhir 21 September nanti, NSFC akan menerima kunjungan PDRM Fc di Paroi manakala SUFC berkunjung ke Larkin menentang JDT II.
Add Comment