
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
DISEBALIK kekalahan 1-2 Sri Pahang FC ditangan Penang FC malam tadi nada gembira dan senyuman dilemparkan pengendali Dollah Salleh.
Apa tidaknya selepas dibelenggu masalah kecederaan dan penggantungan barisan pemain, kesebelasan utama yang diturunkan malam tadi menceritakan segala- galanya.
“ Buat pertama kali selepas sekian lamanya, pemain beraksi mengikut rentak permainan sebagaimana yang diharapkan.
“Dah begitu lama kita tercari-cari rentak disebabkan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik, tapi hari ini kita dapat hampir 90 peratus pemain .
“Hanya Abu Bakar Yakubu sahaja yang tiada tapi saya anggap ini adalah yang terbaik,” jelasnya pada sidang media sleepas perlawanan malam tadi.
Tambahnya lagi, barisan pemain berjaya membuktikan kesungguhan dan berpuas hati dengan persembahan pemainnya.
“Kami beraksi cemerlang pada separuh masa pertama dan memilik beberapa peluang, ini aksi yang saya nantikan.
“Cuma keputusan sahaja yang menghampakan pasukan,” ujarnya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, tuan rumah terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan pemain import, Kenjok Athiu pada minit ke 61.
Namun, Penang FC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan hasil sentuhan kapten pasukan, Endrick Dos Santos pada minit ke-67 dan gol kemenangan dijaringan pemain gantian Muhammad Danial Ashraf Abdullah selang lima minit kemudian.
Add Comment