
Oleh: SUBKI SUDARJI/ Foto: IZARI ROSLI
PENANG FC melonjak kedudukan kedua Liga Super selepas bangkit mengatasi Sri Pahang FC, 2-1 pada aksi di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Tiga mata diraih Penang FC memastikan skuad bimbingan Tomas Trucha meraih 40 mata selepas 21 perlawanan mengatasi Terengganu FC yang jatuh dikedudukan keempat dengan perbezaan tiga mata.
Pada aksi sebentar tadi, pelawat bagaimanapun dipaksa bekerja keras apabila mendapat tentangan dari tuan rumah.
Pahang memiliki peluang untuk berada didepan menerusi Abdul Malik pada ninit ke-14 namun jaringan gol gagal terhasil.
Penyerang import Sri Pahang FC, Kenjok Athiu seharusnya meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke-23 namun sepakannya jauh melewati palang gol pelawat.
Athiu sekali lagi memilik peluang pada masa kecederaan namun penjaga gawang Penang FC, Samuel Somerville bertindak cemerlang mengagalkan percubaan.
Memasuki babak kedua, gol yang dicari Tok Gajah akhirnya muncul menerusi hantaran Baqiuddin Shamsudin yang disempurnakan Athiu pada minit ke 60.
Namun kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila selang tujuh minit kemudian, Endrick Dos Santos menjaringkan gol bagi menyamakan kedudukan 1-1.
Muhamad Danial Ashraf yang masuk sebagai pemain gantian pada ke 70 tidak menunggu lama apabila selang seminit kemudian dia menjaringkan gol kedua Penang FC.
Walaupun Sri Pahang FC menggandakan adakan memburu gol penyamaan namun keputusan 2-1 kekal sehinggalah tamat perlawanan.
Add Comment