Oleh: SURYATI MOHD NOR
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengesahkan sudah menerima surat keputusan bantahan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada 4 September 2021.
YTM KOL (K) Kehormat Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin, yang juga merangkap Pengerusi NSFC memberitahu CAKAP SUKAN bahawa, pihaknya menerima surat keputusan mengenai bantahan pelanggaran peraturan perlawanan pertukaran pemain dalam masa permainan
“Kami akan membuat rayuan berdasarkan keputusan yang diterima semalam,” jelasnya.
Isu tersebut timbul berikutan kesalahan pertukaran pemain yang dilakukan ketika aksi Kelantan FC bertemu Negeri Sembilan FC pada 27 Ogos lalu yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV.
Insiden tersebut menyaksikan tuan rumah telah membuat pertukaran pemain seramai lima orang dan menggunakan empat peluang yang telah memberi impak dan mempengaruhi keputusan perlawanan.
Susulan itu, Negeri Sembilan FC telah melakukan bantahan pada 30 Ogos kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Dengan bantahan tersebut, MFL telah mengadakan Mesyuarat Khas Malaysian Football League Pertama (2021-2025) pada 3 September lalu.
Keputusan mesyuarat difahamkan Kelantan FC dikenakan denda sebanyak RM30,000 dan amaran keras supaya perkara ini tidak diulangi lagi serta tindakan sewajarnya turut diambil oleh pihak MFL terhadap Koordinator Perlawanan Kelantan FC, Komisioner Perlawanan dan Pegawai-Pegawai perlawanan.
Pada aksi 27 Ogos lalu, Kelantan FC berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1.
Usaha untuk menghubungi pihak MFL masih belum berjaya.
[…] oleh portal Cakap Sukan mendedahkan, MFL telah mengadakan Mesyuarat Khas Pertama (2021-2025) pada 3 September lalu dan […]
[…] Sebagai susulan daripada bantahan dikemukakan MFL difahamkan telah memberikan amaran keras agar perbuatan sama tidak diulangi selain mengenakan denda RM30,000 kepada Kelantan FC, sepertimana didedahkan portal Cakap Sukan. […]
[…] EKSKLUSIF: “Kami akan buat rayuan…” – Presiden NSFC […]