Bola Sepak

“Telah rujuk pengadil ke-4, dibenarkan tukar pemain” – Kelantan FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gambar fail Kelantan FC lawan Negeri Sembilan FC. Foto: MFL

THE Red Warriors (TRW) Kelantan FC tampil menjelaskan insiden pertukaran pemain yang didakwa melanggar peraturan permainan ketika bertemu Negeri Sembilan FC 27 Ogos lalu di Stadium Sultan Mohammad IV.

Menurut TRW Kelantan FC, mereka telah merujuk kepada pengadil bertugas iaitu pengadil keempat (4) dan telah mendapat kebenaran untuk membuat pertukaran pemain.

“TRW Kelantan FC juga menyatakan pertukaran adalah tertakluk kepada pengesahan dan kebenaran yang diberikan oleh pegawai perlawanan.

“Sebagai makluman, sebelum melakukan pertukaran pemain ke-5 yang dibuat TRW Kelantan FC pada minit ke-90+2 permainan, penolong jurulatih telah merujuk terlebih dahulu kepada pengadil keempat dan telah memberikan kelulusan dan pengesahan dalam membenarkan pertukaran tersebut boleh dilakukan.

“TRW Kelantan FC menegaskan bahawa rujukan awal terlebih dahulu sebelum pertukaran pemain dibuat, adalah menurut kelulusan yang diberikan oleh pegawai perlawanan tersebut.

“Oleh yang demikian tidak wajar kesalahan ini ditujukan kepada pasukan TRW Kelantan FC atas kesilapan pegawai perlawanan yang bertugas.

“Kami berharap pihak MFL (Liga Bolasepak Malaysia) mengambil pertimbangan dan keputusan secara telus berkait insiden ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Pada perlawanan tersebut menyaksikan Kelantan FC menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: