Paralimpik Tokyo 2020

Terbangan emas Latif di Tokyo 2020!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ATLET lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly merangkul pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan catatan terbaik 7.45 meter ketika lompatan kedua.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini memulakan lompatan pertama dengan baik mencatat 7.26 meter.

Namun Latif, 24, mula membuka langkah lebih panjang melakukan lompatan cemerlang ketika aksi kedua dengan mencatat 7.45 meter sekaligus jauh meninggalkan peserta-peserta lain.

Pada aksi ketiga rekod lompatan sedikit menurun dengan catatan 7.24 meter, namun lompatan keempat dibatalkan.

Agak malang bagi Latif apabila mengalami kecederaan di pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima yang menyaksikan dia hanya mencatat 5.56m dan tidak beraksi pada baki lompatan terakhir.

Bagaimana pun catatan 7.45 meter itu cukup untuk Latif merangkul pingat emas ketiga dan terakhir buat kontinjen negara.

Sementara itu, atlet Greece Athanasios Prodromou merangkul perak dengan catatan 7.17 meter, manakala peserta dari Australia Nicholas Hum meraih pingat gangsa dengan 7.12 meter.

Sebagai rekod, Abdul Latif berjaya memperbaharui rekod dunia dengan jarak 7.64m dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, memadam catatan lamanya 7.60m pada Sukan Paralimpik Rio, Brazil pada 2016.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: