JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara dalam acara final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi pada Sabtu.

Liek Hou,33, adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

Pemain ranking kedua dunia itu berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi penuh selama 50 minit.

Kemenangan  ini juga membolehkan Liek Hou mengekalkan rekodnya lima perlawanan tanpa kalah di Sukan Paralimpik, termasuk tiga kemenangan pada peringkat Kumpulan B.