Bola Sepak

Jang belum selamat – Devan


Devan mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh pada baki dua perlawanan akan datang.

PENGENDALI Negeri Sembilan FC, K. Devan tidak mahu barisan pemainnya berasa selesa kerana kedudukan pasukan masih belum terjamin untuk layak ke Liga Super 2022.

Peringatan ini jelas disuarakan Devan memandangkan pencabar terdekat, Kuching City FC mampu memintas sekiranya Negeri Sembilan tewas dalam baki dua lagi perlawanan akan datang.

Namun, kemenangan 2-1 ke atas skuad kendalian Irfan Bakti semalam sedikit melegakan beliau dan peluang untuk cuba merampas kedudukan takhta liga juga masih terbuka apabila hanya dibezakan dua mata ketika ini dengan Sarawak United.

“Secara matematiknya, kedudukan kita masih belum selamat sebab kalau Kuching City menang semua perlawanan, dan kita tercicir mata dalam dua lagi perlawanan, mereka akan ada kutipan mata yang sama dengan kita, jadi Kuching masih berpeluang lagi untuk layak ke Liga Super.

“Cuma apabila kita menang ke atas mereka, sekurang-kurangnya lega sedikit dan selepas ini kita ada peluang untuk kejar balik Sarawak United kerana lawan mereka selepas ini boleh dianggap kuat, jadi kita tengoklah macam mana”, katanya.

Kedudukan terkini Liga Premier 2021 menyaksikan Sarawak United FC telah mengumpu 37 mata untuk berada di takhta liga dibezakan dua mata dengan Negeri Sembilan FC di tangga kedua.

Manakala Kuching City FC yang masih lagi mempunyai enam aksi tertunda berada di tangga kesembilan dengan 17 mata setakat ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading