
Oleh: JJFIRDAUS
BERITA sedih menyelubungi penyokong dan pasukan bola sepak Pulau Pinang apabila seorang penyokong setia mereka telah meninggal dunia setelah beberapa minggu bertarung dengan Covid-19.
Kelvin Leng, 38 adalah seorang penyokong setia skuad Harimau Kumbang yang sentiasa hadir ke Stadium Bandaraya dan juga di tempat lawan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan tanpa mengira prestasi pasukan.
Mendiang digelar penyokong tegar kerana pasti akan membeli jersi pasukan sama ada jersi ‘home’ atau ‘away’ malah kit ketiga turut dimiliki olehnya.

Selain itu, mendiang juga sangat disenangi oleh para penyokong yang lain. Menerusi beberapa hantaran di laman sosial penyokong, rata-rata menyatakan kesedihan atas kehilangan seorang sahabat sejati ini.
Minat dan semangat Kelvin terhadap bola sepak Pulau Pinang juga sering menjadi bahan rujukan para media yang mahukan berita tentang pasukan dan pemain.
Mendiang juga seorang yang bersikap terbuka dan mesra terhadap media dan tidak kekok ditemuramah.
Namun begitu, dia telah tewas dalam melawan pandemik Covid-19 ini dan telah menyebabkan Pulau Pinang kehilangan penyokong setia mereka.
Buat Kelvin, selamat jalan sahabat. Semoga anda tenang disana.






Add Comment