
Oleh: JJFIRDAUS
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Group, Abdul Jalil Rasheed mengumumkan bahawa pemilik Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan kini kembali semula sebagai pemilik bersama kelab yang berpangkalan di Bosnia, FK Sarajevo.
Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau turut menyatakan bahawa Vincent dan Ismir Mirvic kini adalah dua pemegang saham utama kelab Sarajevo itu.
Vincent pernah menjadi pemilik FK Sarajevo sebelum ini dan menjualnya kepada konsortium dari Vietnam, Long Chuong Group dan Pengerusinya Nguyen Hoai Nam yang menjadi pemilik selama dua tahun.
Today, we (not Berjaya Corp) announced the acquisition of a controlling stake in Bosnian football club, FK Sarajevo (FKS).
The two new controlling shareholders will be TS Vincent Tan & Ismir Mirvic.
— Jalil Rasheed (@jalilword) August 31, 2021
Sepanjang dua tahun itu, konsortium itu berjaya membawa FK Sarajevo menjadi juara liga dan mencipta rekod kemenangan terbanyak dalam sejarah bola sepak Bosnia.
Ismir adalah usahawan Amerika-Bosnia yang menetap di Los Angeles telah lama bekerjasama dengan Jalil dalam usaha pemilikan kelab untuk menuju ke era baharu.
Jalil juga berterima kasih kepada para penyokong yang banyak bersabar dalam tempoh pengambilalihan ini dan menyatakan akan ada lebih banyak pengumuman yang akan dilakukan selepas ini.

FK Sarajevo berjaya memenangi Piala Bosnia and Herzegovina selepas Vincent mengambil alih kelab pada 2013 dan seterusnya muncul juara liga pada musim 2014.
Vincent adalah satu sosok yang disenangi oleh para penyokong FK Sarajevo malah beliau dikenali dengan gelaran ‘Uncle Tan’.
Menerusi pengambilalihan ini, FK Sarajevo kini bersekutu dengan Cardiff City dan juga KV Kortrijk yang juga dimilliki oleh Vincent.





Add Comment