
PENGENDALI skuad bawah 20 (B-20) tahun negara, Brad Maloney menggugurkan enam pemain daripada senarai asal dan beberapa tonggak baru sudah dipanggil bagi mengisi kekosongan pada pada kem latihan pusat Fasa 1 bermula semalam.
Tiga pemain baharu yang dipanggil dan sudah melaporkan diri iaitu penjaga gol Perak FC, Muhammad Azri Ab Ghani serta dua pemain Johor Darul Ta’zim II, Chia Ruo Han dan Muhamad Alif Abdul Mutalib bagi melengkapkan 24 pemain pada latihan pusat kali ini.
Manakala enam pemain yang digugurkan dari senarai asal adalah dua penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor FC) dan Nabil Asyraf Ramli (Skuad Projek FAM-MSN), Hairiey Hakim Mamat (Terengganu FC II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta’zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman FC) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).











Add Comment