Bola Sepak

KUFC ‘lakar’ kejutan di laman sendiri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain skuad Projek FAM-MSN meraikan jaringan kemenangan mengatasi KUFC, 1-0, petang semalam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELANTAN United melakar ‘kejutan’ apabila menjadi pasukan pertama yang tewas kepada skuad Projek FAM-MSN pada aksi ke 18 Liga Premier 2021 di Stadium Sultan Mohamad ke -IV, Kota Bharu petang semalam.

Kemenangan pertama itu dilakar pasukan kendalian Yusri Che Lah yang sebelum ini hanya mencatat 14 kekalahan dan tiga kali seri sepanjang saingan musim ini.

Jaringan tunggal Azhad Harraz Arman pada minit ke-77 cukup untuk pelawat membawa pulang tiga mata berharga buat pemain yang dibarisi lepasan SPM berbanding tuan rumah.

Ketua jurulatih Kelantan United FC,  Nazrulerwan Makmor ternyata terkejut dengan keputusan dialami malah menyifatkan pemainnya tidak mengikut perancangan yang telah dibuat.

“Saya pun pun terkejut, tahniah untuk skuad Projek FAM-MSN. Pemain kami tidak berdisipilin terutakmanya ketika bertahan.

“Tidak mengikuti arahan, mungkin juga mereka memandang rendah keupayaan lawan. Pemain telah diberikan peringatan bahawa lawan akan bermain bermatian-matian sehingga ke minit ke 95,” katanya pada sidang media selepas perlawanan petang semalam.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: