Bola Sepak

Penyu menangis di Cheras, Harimau Kumbang garang dilaman sendiri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penjaring gol kemenangan KL City FC, Paulo Josue (kiri) memberi tekanan kepada pemain import TFC, Da Silva.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

TERENGGANU FC melepaskan peluang untuk kembali merampas kedudukan di tangga kedua selepas tewas 0-1 ditangan Kuala Lumpur City FC, pada aksi di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Terdahulu sebelum saingan bemula, skuad bimbingan Nafuzi Zain berada ditangga ketiga dibezakan hanya satu mata dibelakang Kedah Darul Aman FC yang memiliki kekurangan satu perlawanan.

Gol tunggal kemenangan buat tuan rumah dijaringkan menerusi ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke -29 untuk memberikan tiga mata mutlak buat anak didik Bojan Hodak.

Pelawat turut mempunyai beberapa peluang menerusi David Da Silva, Faisal Halim namun kepantasan penjaga gawang Kuala Lumpur, Kevin Mendoza menafikan impian pelawat membawa pulang mata ke Kuala Terengganu.

KL City pula terus cemerlang apabila mengekalkan rentak dengan tiga kemenangan berturut-turut sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan dan di laman sendiri.

SEMENTARA itu satu lagi aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menyaksikan tuan rumah meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya City FC.

Dua gol yang dijaringkan Penang FC dijaringkan pada babak pertama menerusi Casagrande ketika perlawanan baru memasuki minit ke-5 dan Sheriddin Boboev pada masa kecederaan cukup buat buat tuan rumah meraih kemenangan.

Pelawat berjaya merapatkan jurang gol  menerusi P Rajes pada minit ke-64 dan keputusan 2-1 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: