Bola Sepak

Format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia masih kekal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MALAYSIAN Football League (MFL) mengumumkan format kenaikan dan penyingkiran Liga Malaysia bagi musim 2021/2022 masih kekal seperti biasa.

Perkara itu disahkan oleh Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan yang memberitahu, format Liga Super yang terdiri daripada 12 pasukan menyaksikan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Premier.

Manakala juara dan naib juara Liga Premier akan dinaikkan pangkat bermain di Liga Super pada musim depan.

“Format Liga Super 2021 akan kekal di mana sebanyak 12 pasukan dalam satu pertandingan dan dua pasukan tercorot akan tersingkir ke saingan Liga Premier pada tahun 2022.

“Sementara juara dan naib juara Liga Premier musim 2021 pula akan bermain dalam kempen Liga Super 2022 seperti mana yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia edisi 2021 bagi format Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pada Ahad.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: