Bola Sepak

Selamat datang Perak FC ke Liga Premier 2022 ?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Perak FC kini meniti laluan ke Liga Premier musim depan susulan kekalahan kali kelima berturut-turut.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIMA kekalahan berturut-turut yang diraih Perak FC kini meletakkan pasukan hampir pasti akan beraksi di Liga Premier 2022.

Berada dikedudukan kedua tercorot dengan hanya meraih 13 mata selepas 20 perlawanan dan dibezakan empat mata dengan Sri Pahang yang masih berbaki satu perlawanan yang berada ditangga ke 10 jelas memperlihatkan laluan Perak FC ke Liga Premier musim depan.

Berbaki dua lagi perlawanan menentang Melak United FC pada 3 September ditempat lawan sebelum menanti kunjungan Sabah FC dilaman sendiri untuk aksi terakhir pada 12 September, mahu atau tidak mereka perlu meraih keputusan postif pada baki dua perlawanan tersebut.

Terbaharu kekalahan 0-1 di tangan Kedah di Stadium Darul Aman malam tadi melengkapkan kekalahan kelima selepas Selangor (0-3), UiTM FC(0-2), Penang FC (3-5) dan JDT FC (5-0).

Namun perkembangan positif skuad bimbingan Mohd Shahril Nizam Khalil dapat disaksikan dimana rata-rata pemain yang diturunkan dibarisi pemain muda ekoran penghijrahan pemain-pemain senior.

Bagi Shahril Nizam perbezaan pengalaman nyata membezakan kedua-dua pasukan namun pada masa sama tetap positif melihat aksi pemainnya.

“Bermain ditempat lawan dan berjaya mencipta beberapa peluang jaringkan gol, kami memberikan tekanan sepanjang perlawanan.

“Jika dilihat Kedah memiliki penyerang yang berbisa sedikit peluang dimanfaatkan sepenuhnya, itulah yang membezakan kami dari segi pengalaman.

“Namun usaha serta keyakinan pemain muda perlulah mendapat pujian,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi, penyerang utama Kedah, Kpah Sherman meledak gol tunggal buat tuan rumah melalui tandukan pada minit ke-19 untuk kemenangan tipis 1-0.

Bagi Perak FC pula, kekalahan kali kelima berturut-turut ini pastinya pahit untuk ditelan kerana kekal berada dalam kelompok dua pasukan tercorot selepas 20 perlawanan berlangsung.

.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: