Bola Sepak

Gol awal cetus keyakinan pemain UiTM FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain UiTM FC meraikan jaringan gol pada aksi yang berkesudahan dengan keputusan 4-0 .

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih UiTM FC, Reduan Abdullah memaklumkan tidak banyak perubahan dapat dilakukan ke atas pasukannya untuk menghadapi Sabah FC dengan penumpuan lebih diberikan kepada pertahanan dan juga penyerang.

Baginya, dia hanya mampu memberi penekanan secepat mungkin agar pemain mengetahui apa yang perlu mereka lakukan.

“Berdepan Sabah FC bukanlah mudah dan kita memang mengetahui kemampuan pasukan lawan. Jadi saya hanya beri penekanan kepada posisi pertahanan dan juga penyerang.

“Cuma penekanan bermain sebagai satu pasukan,  yang lain tidak banyak dapat dilakukan,” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Tambah Reduan, gol awal yang dijaringkan nyata menyuntik semangat dan keyakinan pemainnya untuk terus memburu gol.

“Gol awal berikan kami keyakinan, peningkatan itu ada, kesemua pemain beraksi baik malam ini.Pertahanan yang berdisiplin dan boleh dikatakan kami bermain sebagai satu pasukan,” jelasnya.

Pada aksi di Stadium UiTM FC malam tadi, tuan rumah meraih kemenangan kedua dalam saingan Liga Super musim ini apabila mengejutkan Sabah FC dengan kemenangan besar 4-0 .

The Lion Troops meledak dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi sepakan penalti Kwon Yong Hyun pada minit ke-15 dan Joel Vinicius (m17) sebelum Sean Giannelli meledak dua gol pada minit ke-59 dan minit ke-66.

Keputusan itu menyaksikan UiTM FC  meneruskan rentak konsisten apabila belum lagi tewas dalam tiga aksi sementara Sabah FC terus dirundung malang apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: