Bola Sepak

MUFC masih belum selamat – Zainal Abidin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohamad Ashmawi (kanan) dilayangkan kad merah kerana mengasari Sony Norde.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / FAKHRI MARHAT

MELAKA United FC seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas gagal memanfaatkan kelebihan beraksi dengan seorang pemain apabila sekadar seri 1-1 menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Beraksi hampir 60 minit dengan kelebihan seorang pemain, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan boleh menarik nafas lega lebih awal terselamat dari zon penyingkiran sekiranya meraih mata penuh pada aksi yang memperlihatkan penguasaan penuh pelawat.

Bagi Zainal Abidin, satu mata yang diraih malam ini masih belum menjamin kedudukan pasukannya untuk slot Liga Super 2022.

“Dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku, kita tidak boleh mengharapkan pasukan lain, dua perlawanan untuk meraih tiga mata amat penting bagi pasukan.

“Jika kita meraih tiga mata malam ini, MUFC telah selamat tapi malangnya kita gagal meraihnya, jadi kami perlukan sekurang-kurangnya satu mata tetapi untuk selamat adalah tiga mata,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Selepas berakhirnya 20 perlawanan, MUFC menghuni tangga ke lapan dengan 18 mata dan dibezakan lima mata dengan Perak FC yang berada di tangga ke 11.

MUFC akan menerima kunjungan Perak FC dilaman sendiri 3 September nanti dan berkunjung ke Alor Setar pada 12 September untuk aksi terakhir Liga Super 2021.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: