Permotoran

MotoGP: Quartararo mengukuh kedudukan pendahulu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA Yamaha, Fabio Quartararo mengungguli perlumbaan MotoGP Grand Prix Britain sekaligus menjarakkan diri dalam kedudukan keseluruhan pelumba.

Quartararo yang bermula di petak ketiga menjuarai perlumbaan 20 pusingan di Litar Silverstone ini dengan Alex Rins di tangga kedua dan Aleix Espargaro menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Ini adalah kemenangan kelima beliau musim ini dan semakin menghampiri kejuaraan sulung MotoGP dengan perlumbaan yang hanya berbaki enam perlumbaan.

Sementara itu dalam perlumbaan Moto2, dua pelumba negara, Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin gagal memberikan saingan dengan Hafizh sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-21 manakala Adam gagal menamatkan perlumbaan beliau.

 

Pelumba Kalex dari Australia Remy Gardner berjaya menjuarai perlumbaan dan melebarkan mata pendahulu kepada 44 mata mengatasi pencabar Raul Fernandez dan 52 mata di hadapan Marco Bezecchi.

Perlumbaan Moto3 pula dimenangi oleh Romano Fenati tetapi Pedro Acosta masih mendahului senarai keseluruhan dengan 201 mata walaupun hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-11

Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung di Litar MotorLand Aragon untuk Grand Prix Aragon, Sepanyol pada 12 September nanti.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: