Permotoran

F1 Belgium: Hujan lebat tak halang Verstappen catat masa terpantas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Perlumbaan pusingan kelayakan dalam keadaan hujan lebat. Foto: F1

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen berjaya merampas petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Belgium ketika sesi kelayakan yang diadakan dalam keadaan hujan lebat di Litar Spa Francorchamp pada Sabtu.

Perlumbaan F1 kembali bersambung setelah berehat cuti musim panas selama sebulan dengan Lewis Hamilton dan Mercedes mendahului senarai pemandu dan pengeluar pada pertengahan musim.

Verstappen mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 59.765 saat untuk permulaan petak utama. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu Williams, George Russell yang bakal bermula di barisan hadapan buat kali pertama dalam karier beliau.

Sesi kelayakan pertama bermula sedikit lambat kerana cuaca kurang memuaskan dan lima pelumba paling perlahan tersingkir dengan Antonio Giovinazzi, Yuki Tsunoda, Mick Schumacher, Kimi Raikkonen dan Nikita Mazepin bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-20.

 

Hujan lebat menyebabkan beberapa pelumba bergelut untuk mengekalkan jentera di litar dan menyaksikan dua pelumba Ferrari Charles Leclerc dan Carlos Sainz serta Nicolas Latifi, Fernando Alonso dan Lance Stroll tersingkir dari pusingan kelayakan kedua.

Dengan keadaan hujan yang semakin lebat di pusingan kelayakan ketiga, pelumba McLaren, Lando Norris terlibat dalam kemalangan sekaligus sesi kelayakan dihentikan dengan bendera merah.

Aksi kelayakan diteruskan semula dan menyaksikan perebutan petak utama menjadi lebih mendebarkan dan akhirnya Max Verstappen berjaya mencatatkan masa terpantas sekaligus bakal memulakan perlumbaan di petak pertama.

Dengan hujan diramalkan ketika perlumbaan pada Ahad, pastinya satu lagi perlumbaan menarik bakal disajikan oleh 20 pelumba terbaik dunia ini. Saksikan Grand Prix Belgium esok jam 9 malam waktu Malaysia.

Keputusan Kelayakan GP F1 Belgium:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. George Russell – Williams
3. Lewis Hamilton – Mercedes
4. Daniel Ricciardo – McLaren
5. Sebastian Vettel – Aston Martin
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Sergio Perez – Red Bull
8. *Valtteri Bottas – Mercedes
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Lando Norris – McLaren
11. Charles Leclerc – Ferrari
12. Nicolas Latifi – Williams
13. Carlos Sainz – Ferrari
14. Fernando Alonso – Alpine
15. Lance Stroll – Aston Martin
16. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
17. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
18. Mick Schumacher – Haas
19. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
20. Nikita Mazepin – Haas

* penalti 5 grid permulaan


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: