Bola Sepak

Gelito Ott halang Selangor FC kutip mata penuh

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selangor FC mencatat seri di laman sendiri bertemu Melaka United FC, Sabtu malam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / FAKRI MARHAT

JARINGAN penyamaan pada masa kecederaan pemain import Melaka United FC, Manuel Gelito Ott menafikan impian Selangor FC untuk melakar kemenangan kelima berturut-turut selepas kedua pasukan seri 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, tuan rumah tidak menunggu lama untuk berada didepan melalui jaringan Hein Htet Aung pada minit ke-17.

Namun selang 10 minit kemudian Selangor FC terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain selepas pemain pertahanan, Mohamad Ashmawi Yakin dilayangkan kad merah kerana mengasari Sony Norde.

Kelebihan beraksi dengan seorang pemain bagaimanapun gagal dimanfaatkan MUFC sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pelawat terus memberikan tekanan melalui beberapa percubaan menerusi Muhammad Faizal dan Sony Norde namun tersasar dari gawang yang dikawal Khairulazhan Mohd Khalid.

MUFC seharusnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 namun peluang ketika hanya berdepan dengan Khairulazhan gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Ketika perlawanan bakal ditamatkan, rembatan kencang Manuel Gelito Ott dari luar kotak penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan gol penyamaan buat pelawat.

Kali terakhir Selangor FC mencatat kemenangan lima kali berturut-turut pada tahun 2015.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: