Bola Sepak

Konsisten kunci kejayaan hebat JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JDT terus merakam sejarah tersendiri bola sepak tanah air.

Oleh: JJFIRDAUS / Foto: JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Liga Super Malaysia buat kali kelapan berturut-turut dan pencapaian ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Konsistensi adalah kunci utama kepada kejayaan JDT walaupun berdepan kesukaran ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan momentum dan kecergasan pasukan akibat mengharungi tempoh kuarantin yang lama.

Jika dilihat menerusi rekod pusingan kedua liga yang masih berbaki dua perlawanan, JDT berjaya memenangi kesemua sembilan perlawanan dan berjaya memungut 27 mata maksimum dan menjaringkan 23 gol.

Benjamin Mora antara watak utama memastikan pemain-pemain sentiasa pamer aksi terbaik

Tambah menarik, JDT hanya bolos dua gol dengan tujuh lagi perlawanan menyaksikan penjaga gol, Farizal Marlias berjaya mencatatkan ‘clean sheet’ dan mencipta rekod baharu liga.

Bergson Da Silva berjaya menjaringkan gol dalam kesemua sembilan perlawanan dan merekodkan jumlah 14 gol sekaligus mendahului senarai penjaring terbanyak musim ini dengan 23 gol.

9 kemenangan, 27 mata, 23 gol, 7 ‘clean sheet’ adalah bukti konsistensi yang ada pada JDT dan mereka sememangnya layak bergelar juara Liga Super Malaysia musim 2021 ini. Tahniah JDT.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: