Oleh: JJFIRDAUS / Foto: JDT
KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora muncul jurulatih pertama yang meraih kejuaraan hatrik Liga Super Malaysia selepas membawa JDT muncul juara kali kelapan berturut-turut.
Jurulatih kelahiran Mexico itu memulakan karier bersama JDT pada 2016 di JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad utama menggantikan Mario Gomez ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara AFC menentang Gamba Osaka.
Sebelum ini, tiga jurulatih berjaya mencatat kejayaan ‘double’ dan kini Mora yang terkenal dengan sistem permainan penguasaan bola berjaya melengkapkan CV gemilang beliau dengan muncul sebagai pemenang hatrik.

Rekod cemerlang Mora sebagai jurulatih bukan hanya tertumpu pada peringkat domestik sahaja tetapi beliau juga berjaya mencaturkan kemenangan buat JDT dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL).
JDT berjaya mencatat tiga kemenangan dalam tiga musim di ACL apabila menewaskan wakil Jepun dan juga juara bertahan Kashima Antlers pada 2019 sebelum mengejutkan Suwon Bluewings dari Korea Selatan pada 2020 dan kelab Thailand, Ratchaburi FC pada 2021.
Walaupun kadang kala mendapat kritikan daripada sesetengah penyokong JDT, Mora memastikan pada akhir musim JDT kekal juara dan layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC musim berikutnya.

Tahniah Benjamin Mora. Rekod cemerlang ini pastinya akan menjadi kebanggaan dalam karier kejurulatihan beliau dan sekali lagi JDT berpesta bermain bunga api.
[…] JDT vs Sri Pahang – Bergson jaringkan hatrik untuk jadi top scorer liga setakat ini dengan 23 gol ⁽¹⁾. Kejayaan ini juga menjadikan Benjamin Mora sebagai jurulatih pertama yang meraih kejuaraan hatrik liga super Malaysia ⁽²⁾. […]