Bola Sepak

Kedah Darul Aman lonjak ketiga liga

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain-pemain KDA FC meraikan kemenangan ke atas PJ City.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KEDAH Darul Aman FC melonjak kedudukan ditangga ketiga selepas. meraih tiga mata penuh mengatasi Petaling Jaya City FC, 4-1 pada aksi tertunda di Stadium MBPJ, Rabu malam

Skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak ketika mengumpul 35 mata dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC namun masih berbaki dua perlawanan.

Pelawat tidak menunggu lama untuk berada didepan apabila Rabih Ataya menyempurnakan sepakan percuma ke penjuru kiri gawang menewaskan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pada minit ke-3.

Tersentak dengan gol tersebut skuad bimbingan P.Maniam bangkit mengatur gerakan memburu gol penyamaan namun kekentalan benteng pelawat diterajui Renan Alves musnahkan impian tuan rumah.

PJ City dilihat lebih banyak mendominasikan perlawanan namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan percubaan tersasar dari gawang.

Memasuki minit terakhir babak pertama, penyerang berbisa Lang Merah, Kpah Sherman menggandakan kelebihan jaringan hasil tandukan untuk menewaskan Syihan buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, pelawat terus selesa didepan sekali lagi menerusi Sherman pada minit ke-55.

Selang lima minit kemudian, PJFC akhirnya berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen.

Walaupun terus menggandakan asakan memburu gol namun masih gagal, sebaliknya Kedah DA memperolehi gol keempat melalui Mohammad Fayadh dipenghujung masa kecederaan separuh masa kedua


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: