Bola Sepak

Ifedayo banyak bimbing saya; Danial Asri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Danial telah memulakan permainan sebanyak lapan kali di dalam kesebelasan utama.

PEMAIN muda Selangor FC, Ahmad Danial Asri, berasa bertuah bergandingan dengan pendahulu penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Omosuyi yang sentiasa bertindak menjadi pembimbing di atas padang.

Situasi itu sedikit banyak membantu perkembangan Danial yang mula perlahan-lahan mula mendapat rentak selepas berjaya menjaringkan dua gol daripada empat aksi terakhir bersama pasukan.

Perkembangan itu dianggap sesuatu yang positif buat Danial yang sebelum ini pernah menjadi penjaring terbanyak bagi pemain tempatan bersama Selangor 2 pada musim lalu dengan tujuh gol.

“ Ifedayo memang cukup bagus dalam padang dengan telah menjaringkan 22 gol setakat ini dan banyak pengalaman serta tunjuk ajar yang saya dapat dari dia sama ada semasa latihan atau hari perlawanan.

“ Dia tidak pernah marah dan sentiasa berikan sokongan kalau saya ada buat silap malah sentiasa berikan kata-kata semangat untuk saya percaya dengan cara permainan sendiri.

“ Saya sangat suka dengan suasana sebegini kerana khidmat pemain muda rasa dihargai dan saya sangat berterima kasih kepada jurulatih kerana berikan peluang untuk bermain walau saya masih muda, ” katanya.

Dari 19 perlawanan, Danial telah memulakan permainan sebanyak lapan kali di dalam kesebelasan utama selain 10 kali selaku pemain gantian.

Danial Asri (kiri) antara bakat muda yang semakin menyerlah ketika ini.

Tambah Danial, dia akui jaringan sulungnya di Liga Super semasa berdepan Penang pada 31 Julai lalu memberikan banyak kelegaan buat dirinya selepas menanti sekian lama.

Apa yang terjadi sedikit sebanyak memberikan keyakinan buat dirinya apabila sekali lagi berjaya meledak jaringan kedua semasa berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 13 Ogos.

“ Semasa saya dapat lakukan jaringan pertama dengan Penang, perasaannya sukar digambarkan kerana saya sangat lega bercampur gembira kerana itulah gol yang saya cari-cari di Liga Super sejak awal musim ini.

“ Selepas itu saya dapat jaringkan satu lagi gol semasa berdepan Kedah, dua gol ini kian memberikan saya rasa lagi bersemangat bagi mendapatkan lagi jaringan pada perlawanan akan datang.

“ Tahun lepas saya sudah menjadi terbanyak bagi pemain tempatan di Liga Premier namun saya tidak meletakkan harapan yang sama di Liga Super kerana sedar sasaran itu melebihi daripada kemampuan saya buat masa ini, ” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: