Bola Sepak

The Phoenix yakin kekal Liga Super 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertahanan PJFC, Jeremy Lim (kanan) berkerja keras menahan asakan dan pergerakan penyerang KDA FC, Kpah Sherman.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PETALING Jaya City FC tetap berkeyakinan akan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan dan hanya memerlukan tiga mata dari baki tiga perlawanan akan datang.

The Phoenix ketika ini menghuni tangga ke 8 selepas 19 perlawanan dan mengutip 18 mata iaitu 5 mata dibezakan dengan Perak FC yang kini berada dalam zon penyingkiran bersama UiTM FC.

Kekalahan 1-4 pada aksi malam tadi menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya merupakan kekalahan kelima berturut-turut buat skuad bimbingan P Maniam yang mempertaruhkan keringat pemain tempatan.

Bagi Maniam pasukannya kini tidak perlu gusar dan hanya perlu meriah tiga mata dari tiga perlawanan seterusnya.

“Saya begitu yakin dengan pasukan, pemain membuktikan kesungguhan walaupun kalah lima kali namun mereka mempamerkan semangat yang ketara.

“Segalanya boleh berlaku tetapi kami hanya perlukan tiga mata untuk kekal,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Gol dari  Rabih Ataya (m-3), Kpah Sherman (m-45 dan m-55) serta Fayadh Zulkifli di hujung permainan memastikan tiga mata mutlak pelawat yang meraih kemenangan ketiga berturut-turut.

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan bekas pemain Kedah menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri (m-60).

Selepas ini PJ City FC akan menentang pasukan di tangga keempat, Penang FC pada Ahad manakala Kedah akan bertemu pasukan di zon penyingkiran, Perak FC seharu sehari sebelum itu.

Selang lapan hari kemudian, PJFC akan menentang UiTM FC dan Selangor FC bagi menamatkan aksi Liga Super 2021.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: