Bola Sepak

Hamidin optimis pimpinan Ahmad Faizal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hamidin Mohd Amin

Oleh: MOHD FARIQ

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin optimis bahawa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu adalah individu tepat untuk meneruskan legasi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Hari ini Ahmad Faizal telah diumum sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu dalam barisan kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Mengulas lanjut kepada CAKAPSUKAN, Hamidin percaya FAM dapat memberikan kerjasama terbaik kepada Ahmad Faizal yang sebelum ini pernah menjawat Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dalam memastikan legasi yang ditinggalkan oleh Reezal Merican dapat diteruskan.

Sebagai rekod, Reezal Merican kini dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Saya mewakili FAM ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

“Saya fikir Ahmad Faizal memiliki keupayaan untuk meneruskan perjuangan atau legasi yang telah ditinggalkan oleh mantan menteri iaitu Reezal Merican.

“Secara peribadi, saya menganggap kedua-dua individu ini adalah orang yang hebat di mana saya percaya Ahmad Faizal mampu mengalas tanggungjawab yang telah dibina oleh Reezal Merican.

“Apa yang pasti, FAM sentiasa akan memberikan kerjasama penuh kepada Menteri Belia dan Sukan di mana pelantikan Ahmad Faizal ini yang sememangnya merupakan pencinta sukan bola sepak disambut baik oleh masyarakat,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: