Antarabangsa Bola Sepak

Valverde sambung kontrak bersama Real Madrid hingga 2027

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Valverde antara nadi utama bahagian tengah Real Madrid ketika ini.

 

PEMAIN tengah Real Madrid, Federico Valverde akan terus kekal bersama pasukan sehingga 2027 selepas bersetuju memperbaharui kontrak jangka masa panjang.

Valverde terikat dengan kontrak baru hingga 2027 yang dilihat antara pemain yang memiliki tempoh terpanjang dari mana-mana pemain iaitu Dani Carvajal (2025) dan penjaga gawang Courtois (2026).

Sejak menyertai Madrid dari kelab lamanya Penarol pada tahun 2016, Valverde penting dalam peranannya dibahagian tengah untuk Real Madrid.

Valverde telah membuat 104 penampilan dalam semua pertandingan dengan lima gol dan enam hantaran assist.

Pemain kelahiran Uruguay telah memenangi tiga trofi, iaitu LaLiga, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Pemain ini pernah beraksi seketika secara pinjaman pasukan Castilla pada 2016/2017 dan Deportivo La Coruna pada 2017/2018.

 

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: