Bola Sepak

“Saya memang suka cabaran” – Stuart

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Stuart berkhidmat hampir tiga tahun dengan FAM dan bakal menyertai MFL 1 September nanti.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam tidak mengetahui individu yang mencalonkan namanya selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Ab Ghani Hassan.

Tegasnya, pada awalnya dia sendiri tidak mengetahui namanya dikaitkan bagi jawatan tersebut sehinggalah dimaklumkan secara rasmi.

“Setelah melihat apa yang dikemukakan dan dikehendaki daripada saya apabila menggalas jawatan tersebut saya bersetuju kerana saya memang sukakan cabaran.

“Saya percaya dan lihat tawaran ini secara positif, betul ia bukan mudah, saya tidak kisah dan ia memerlukan masa,” jelasnya pada sidang media secara maya, sebentar tadi.

Diminta mengulas perkara pertama yang bakal diadakan selepas menggalas jawatan CEO pada 1 September nanti, Stuart terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan MFL mengetahui perkembangan terkini.

“Apa pun saya akan lihat perancangan jangka pendek dan panjang, selain sentiasa memberikan makluman serta maklumat berkaitan MFL kepada stakeholder,” jelasnya.

Stuart dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuatkuasa 1 September 2021.

Pelantikan Stuart melengkapkan carta organisasi MFL selepas mantan CEO, Datuk Ab Ghani Hassan telah dipilih menjadi Presiden MFL bagi menggantikan Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada 12 Ogos 2021.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: