Bola Sepak

Kapten Baddrol harap momentum kemenangan diteruskan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Baddrol mengakui Kedah kini berada berada dalam momentum terbaik. Foto: KDA FC

KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Baddrol Bakhtiar mengakui pertemuan dengan Petaling Jaya City FC merupakan perlawanan penting untuk mengutip tiga mata penuh.

Pemain berusia 33 tahun ini memberitahu, setiap aksi sangat penting bagi mengumpul mata yang baik sekaligus kembali layak ke saingan Piala AFC tahun depan.

“Kami perlukan tiga mata penuh untuk perlawanan malam esok (Rabu) dan berharap momentum kemenangan dua perlawanan sebelum ini akan dibawa bertemu PJ City.

“Ketika kemenangan ke atas Terengganu (2-1), baru-baru ini saya lihat semua pemain bermain di posisi masing-masing dan memahami antara satu sama lain.

KDA FC akan bertandang ke Stadium MBPJ pada Rabu. Foto. KDA FC

“Sudah nampak keserasian pemain dengan corak permainan ‘short pass’ dan kami akan teruskan rentak serta taktikal mengikut arahan coach Aidil (Aidil Sharin Sahak),” jelasnya yang telah merakam lima gol musim ini.

Dalam pada itu, Baddrol yang kini mengumpul 120 gol keseluruhan untuk Kedah mengakui pasukannya berada di landasan terbaik mengharungi baki liga musim ini.

“Kami digerakkan oleh coach supaya fokus satu persatu perlawanan dan InsyaAllah kami akan bagi yang terbaik serta keputusan positif agar dapat kembali layak ke AFC tahun depan,” tambahnya.

KDA FC kini berada di tangga kelima dengan mengumpul 32 mata selepas 16 perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: