Antarabangsa Bola Sepak

Real Madrid dahului Liverpool dapatkan Mbappe


Mbappe sehingga kini masih belum memberikan persetujuan untuk terus kekal bersama PSG atau sebaliknya.

REAL Madrid serius ingin membawa masuk penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe apabila menawarkan harga 160 juta euro dalam usaha menarik minat pemain berusia 23 tahun ini.

Kontrak Mbappe di PSG masih ada satu tahun lagi dan setakat ini tidak ada tanda-tanda ia akan disambung dengan tiga perbincangan serta tawaran dari pengurusan telag ditolak pemain berkenaan.

Kehadiran ketua pasukan Argentina, Lionel Messi juga antara faktor pendorong pemain yang memiliki kepantasan larian serta kelincahan untuk berubah angin menyertai pasukan baharu.

Dua kelab teratas, Real Madrid dan Liverpool, paling banyak dikaitkan dengan Mbappe namub Madrid menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan bekas pemain AS Monaco.

Memetik laporan talkSPORT yang juga disahkan oleh pakar transfer Fabrizio Romano, Madrid telah membuat tawaran rasmi kepada PSG untuk membawa Mbappe dengan harga 160 juta euro.

Walaupun begitu, pengurusan PSG belum memberikan lampu hijau mengenai tawaran Madrid dan akan menunggu perkembangan lanjut sehinggalah jendela perpindahan musim panas ditutup pada 31 Ogos.

Mbappe telah merakamkan 133 gol dalam 174 penampilan untuk Paris Saint-Germain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d