Bola Sepak

Perjalanan Syihan: Dulu dibangku simpanan, kini kesebelasan utama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Syihan (kiri) dan Kalamullah bersaing hebat merebut kesebelasan utama pasukan.

PENJAGA gawang PJ City FC, Ahmad Syihan Hazmi tidak pernah sesekali kecewa diletakkan dibangku simpanan dengan hanya sekadar memerhatikan rakan beraksi dari luar padang.

Mengambil pendekatan positif, penjaga gol berusia 25 tahun ini menjadikkannya sebagi motivasi dan semangat untuk sentiasa berusaha keras sepanjang sesi latihan.

Ternyata usaha gigih bekas pemain Negeri Sembilan musim lalu ini membuahkan hasil apabila diturunkan  bermain semasa ketika menentang Kuala Lumpur City pada 7 Ogos lalu selepas sekian lama menjadi pilihan kedua di belakang Kalamullah Al-Hafiz.

“ Rasa bersyukur sangat kerana setelah sekian lama di bangku simpanan, saya mendapat peluang diturunkan dan memang kesempatan ini tidak akan saya sia-siakan.

“ Dalam dua perlawanan sebelum ini saya sudah berikan sebaik mungkin dan harap saya terus diberi peluang bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

“ Tidak terlintas untuk berasa putus asa apabila gagal untuk bermain sebaliknya saya kian bersemangat membuktikan apa yang saya ada dalam sesi latihan malah kita cuba belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman,” jelasnya yang tekad mahu terus mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama selain mahu membantu pasukan kekal di pentas Liga Super pada musim depan.

Syihan diturunkan selaku penjaga gawang utama pada dua aksi perlawanan sebelum ini.

Syihan yang berhijrah dari Negeri Sembilan sejak musim lalu sempat beraksi dalam empat perlawanan bersama PJ City di awal musim sebelum kehilangan tempat kepada Kalamullah Al-Hafiz dan kini dia diturunkan selaku kesebelasan utama pada dua perlawanan sebelum ini.

Dia merupakan antara penjaga gol yang dilihat mempunyai masa depan yang cerah selepas pernah menjadi sebahagian daripada anggota skuad Bawah 23 tahun negara semasa Kejohanan AFC Bawah 23 tahun di China pada 2017.

Mengulas pertemuan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada empat perlawanan terakhir yang akan dilalui PJ City begitu kritikal buat pasukan dalam usaha mengekalkan tempat di Liga Super pada musim depan.

Tambahnya, mereka perlu mendapatkan seberapa banyak mata bagi memastikan mereka mampu berada dalam zon selamat walaupun buat masa ini peluang buat PJ City untuk kekal dilihat cerah berikutan pasukan di tangga ke-11, Perak ketinggalan lima mata di belakang.

“ Berdepan Kedah, saya dan rakan-rakan sepasukan akan cuba berikan fokus sebaik mungkin memandangkan lawan yang kami temui merupakan antara yang terkuat di Liga Super.

“ Saya percaya dengan taktikal yang akan diterapkan jurulatih boleh memastikan kami melakar sesuatu dalam perlawanan itu dan paling penting kami mampu bangkit daripada beberapa deretan kekalahan yang dialami sebelum ini.

“ Namun, saya percaya PJ City masih ada kualiti untuk kekal di Liga Super dan harap dalam empat perlawanan akan datang, kami boleh catatkan beberapa keputusan positif bagi mencari kedudukan yang lebih baik di Liga Super, ” katanya.

PJ City telah mengalami kekalahan empat kali berturut-turut dengan kali terakhir kemenangan dicatatkan ialah semasa menewaskan Sabah di Stadium MPBJ pada 24 Julai lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: