Bola Sepak

Pemain muda jadi sandaran PJ City FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain yang sama bakal diturunkan PJ City melayan kunjungan KDA FC malam esok.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PETALING Jaya City FC dijangka menurunkan barisan pemain yang sama ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu lalu bagi melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

Ini merupakan perlawanan tertunda buat kedua-dua pasukan dimana sebelum ini aksi terpaksa dibatalkan ekoran kes positif Covid-19 dalam kem KDA FC.

Pengendali PJFC, P Maniam berkata, barisan pemain hampir sama akan diturunkan termasuklah beberapa pemain muda yang memiliki kemampuan untuk bersaing.

“Jika kita lihat aksi menentang JDT tempoh hari, pemain yang sama akan diturunkan, hampir tujuh pemain muda membantu pasukan dan ia akan diteruskan pada aksi menentang KDA FC malam esok,” katanya.

Selepas 18 perlawanan, PJ City kini berada dikedudukan lapan dengan empat kemenangan, enam seri dan lapan kekalahan untuk mengumpul 18 mata.

Untuk rekod skuad bimbingan P Maniam dilihat mampu memberikan saingan kepada pesaing lain yang memiliki barisan pemain import berbanding mereka yang hanya mempertaruhkan bakat-bakat pemain tempatan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: