Bola Sepak

Bola sepak wanita: Mengkritik jangan sampai menghina

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Skuad wanita negara menjalani latihan sebelum ke Palestin. Foto: FAM

SEGELINTIR penyokong-penyokong bola sepak Malaysia masih kekal dengan mentaliti kelas ketiga.

Jika sebelum ini ada kedengaran ‘mana pasukan bola sepak wanita?’, ‘apa sudah jadi?’, dan sebagainya di luahkan di laman sosial. Tetapi apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali memberi ruang kepada pasukan wanita, timbul pula komen-komen yang kurang menyenangkan.

Apa sebenarnya yang peminat sukan bola sepak mahu? Tidak dinafikan pasukan bola sepak wanita memang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lagi. Mengapa persoalkan kewibawan pemain-pemain jika tiada struktur pembangunan akar umbi yang konsisten daripada pihak yang sepatutnya.

Malaysia mempunyai ramai pemain-pemain berbakat dalam bola sepak, cuma perlu diberi perhatian sewajarnya.

Dan jelas, pasukan bola sepak wanita bukanlah agenda utama dalam struktur pembangunan bola sepak negara, walaupun pelbagai kertas kerja (mungkin ada) telah dibentangkan atau diwar-warkan, seperti ’angan-angan Mat Jenin’.

Ketepikan dahulu soal pengurusan itu kerana ia bukan tugas netizen. Tugas besar netizen adalah memantau dan memberi pandangan yang positif dan terus menyokong.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pasukan kita agak ketinggalan”, Jacob latih skuad bola sepak wanita secara ‘online’

Ironinya, masih ada lagi segelintir yang skeptikal penglibatan wanita dalam bola sepak. Suara-suara ‘negatif’ netizen ini sedikit sebanyak memberi kesan mental yang tidak baik kepada pemain-pemain bola sepak wanita.

Mudah sahaja, kalau tidak ada yang baik untuk ditulis, lebih baik diam. Mengkritik jangan sampai menghina. Mengkritik untuk kebaikan pasukan.

Sebahagian komen-komen peminat bola sepak Malaysia.

Jadi apa kita kita teruskan bagi sokongan kepada pasukan bola sepak wanita ini menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Wanita bulan 2022 September ini.

Hampir dua tahun tanpa sebarang aktiviti latihan atau pertandingan, ianya sesuatu yang sukar untuk mereka beraksi, malah tugas berat juga buat ketua jurulatih, Jacob Joseph.

Namun, tugas dan tanggungjawab ini diambil dengan sikap terbuka dan menggunakan tempoh yang ada ini menjalani latihan sebelum ke Palestin.

Cuma berharap apa sahaja keputusan di Palestin nanti, kita perlu realistik. Lebih penting, perancangan pembangunan ‘blue print’ untuk pasukan wanita akan menjadi kenyataan.

Jacob yang juga Pengarah Teknikal Bola Sepak FAM mengakui ada perancangan untuk pembangunan bola sepak wanita selepas ini.

Seramai 28 pemain kini menjalani latihan secara kuarantin sebelum 23 pemain dipilih untuk ke Palestin.

Malaysia diundi bersama berada dalam Kumpulan H bersama Thailand dan Palestin.

Pada saingan kelayakan ini 12 pasukan terbaik daripada 28 negara akan beraksi di pentas akhir Piala Asia Wanita 2022 yang bakal berlangsung di India pada 20 Januari hingga 6 Februari 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: