Paralimpik Tokyo 2020

4 perkara menjadi kebimbangan CDM terhadap atlet Paralimpik di Tokyo


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

SELEPAS berakhirnya Sukan ­Olimpik Tokyo 2020, kini tiba giliran atlet-atlet para negara menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan bermula secara rasminya hari ini sehingga 5 September ini.

Membawa harapan mengulangi pencapaian tiga emas yang dimenangi pada temasya di Rio 2016, Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata kepada CAKAPSUKAN mengakui empat perkara utama yang dibimbangi atlet-atlet yang kini sudah berkampung di Tokyo.

1 – Keadaan cuaca yang panas tetapi kering berbanding di Malaysia yang sedikit lembap.

2- Prestasi kesemua atlet adalah sama rata dimana mereka terhad untuk menyertai kejohanan-kejohanan. Prestasi pesaing-pesaing tidak dapat dibaca (nilai) dan bagi atlet Malaysia kita bergantung kepada catatan masa terbaik pada kejohanan yang disifatkan terbuka buat semua peserta.

3- Kejutan dari negara-negara yang menyimpan atlet mereka antaranya tuan rumah Jepun yang pastinya akan bekerja keras selain China yang memiliki ramai atlet dari peringkat akar umbi yang tidak dikenali

4 – Bersedia dengan kebarangkalian ‘magis’ yang akan berlaku pada kejohanan tersebut namun fokus perlulah diberikan seepenuhnya pada misi meraih pingat.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: