
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PEMILIK Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi penegasan dan peringatan bahawa kelabnya ini bukan kelab kebajikan sosial.
Awal pagi Ahad, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik satu entri di Instastory dipercayai membalas satu status salah seorang pemainnya, Syafiq Ahmad ‘seronok tengok kawan-kawan main bola’ di Twitter selepas tamat aksi kemenangan 2-0 JDT ke atas Petaling Jaya City semalam.
Menurut TMJ, sesiapa yang berlatih bagus, kerja keras dia main. Dan sebaliknya jika tidak (berlatih bagus) dia tidak main.
“Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan penjara. Simple. Yang fans JDT pun tak tahu cerita terikut sentimen penyokong luar. Bayangan piala ke-8 dan pencapaian club tak nampak dan dihargai,

“Nak ajar saya manage club, page page bola yang kononnya expert pun sama. Loanlah player? Kau nak loan ke mana, transfer window dah tutup. Oh, minute perlawanan mustahak. Pergi join PJ City. Setiap game dapat main,” tulis TMJ.
Dalam itu juga TMJ memberitahu siapa kerja keras dalam latihan dan perform dia akan main.
“Siapa nak challenge dalam carrier dan tittle, come to JDT. Siapa nak minute, join club lain. Takda orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain.

“Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy club. Last year dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi lepas insiden peristiwa pahit, you’re not the same.
“Kami beri masa, support, monitor. Communicate. Bukan tweet. Apa pun pintu sentiasa terbuka.”
Bagaimanapun status twit Syafiq itu telah pun dipadam pagi ini.
Pada aksi bertemu PJ City semalam, Syafiq tidak disenaraikan dalam 20 pemain.







[…] TMJ pesan JDT bukan kelab kebajikan sosial… pintu terbuka! […]