Bola Sepak

Syafiq tampil mohon maaf gara-gara twit ‘luahan hati’


PEMAIN tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Syafiq Ahmad tampil membuat permohonan maaf selepas isu twit yang dimuatnaiknya selepas aksi kemenangan 2-0 JDT ke atas Petaling Jaya City FC Sabtu malam.

Syafiq, 26, berkongsi perasaanya di Twitter dengan menulis ‘seronok tengok kawan-kawan main bola’ sekaligus mengundang rasa tidak senang kepada pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Susulan daripada itu, pada pagi Ahad, TMJ memuatnaik satu penjelasan atau lebih tepat lagi peringatan dengan situasi sebenar mana-mana pemain yang berada di bawah pengurusan kelab ini.

 

Bagaimanapun ciapan Syafiq tersebut dipercayai telah dipadam. Namun pemain kebangsaan ini memuatnaik status terbaharu permohonan maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ pesan JDT bukan kelab kebajikan sosial… pintu terbuka!

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan semalam kepada rakan sepasukan, club dan terutamanya sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang.

“Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini.”

Syafiq tidak berada dalam skuad Benjamin Mora selepas kali terakhir bermain ketika aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Nagoya 4 Julai lalu.

Namun di pentas Liga Super, sudah lama tidak melihat bayangan Syafiq dalam skuad utama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: