Bola Sepak

Perak FC tetap menaruh harapan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMANGKU ketua jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil tetap menaruh harapan keajaiban mampu dilakukan pasukan untuk mereka terus kekal dalam saingan Liga Super 2022.

Baginya dalam kedudukan semasa, dia menyedari peluang agar sukar namun dia bersama barisan pemain akan berjuang sehinggalah tamat saingan musim ini.

“Dalam keadaan sekarang , peluang agak sukar tetapi kami percaya kami masih ingin mencuba sehingga keakhirnya.

“Berjuang sehingga ke akhirnya,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Perak FC ketika ini berada dalam kedudukan ‘selesa’ untuk diturunkan ke Liga Premier musim depan selepas hanya meraih 13 mata hasil 19 perlawanan untuk berada dikedudukan ke 11 dan dibezakan 13 mata dengan Melaka United ditangga ke 10 dengan kekurangan satu perlawanan.

Pada aksi di Stadium Perak malam tadi, tuan rumah tewas 0-3 di tangan pelawat hasil jaringan pemain import Selangor FC dari Switzerland Oliver Buff pada minit ke-42, Ifedayo Olusegun 47 dan 59.

Mengulas aksi pemainnya, Mohd Shahril Nizam melihat kesilapan mudah menghukum skuad bimbingannya walaupun mempamerkan aksi menyakinkan sepanjang 30 minit babak pertama.

“Pada awalnya Perak main dengan baik, bertahan dan menyerang serta memberi tekanan kepada pelawat.

“Perancangan awal berjaya tetapi dihujung permainan kami dihukum gol mudah, separuh masa kedua cuba memperbaiki dan mencari gol namun pelawat yang berjaya melakukaknya untuk gol ketiga,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading