
Oleh: JJFIRDAUS
DUA jaringan pada setiap babak memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Kemenangan ini membawa JDT semakin hampir dengan kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut sejak kali pertama memenanginya pada tahun 2014.
Bergson Da Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-27 selepas mudah menolak masuk bola hantaran Arif Aiman untuk gol peribadi ke-20 beliau musim ini.
PJ City dilihat gagal mengawal bahagian tengah dan JDT dilihat selesa bertukar-tukar hantaran sekaligus menguasai kebanyakan penguasaan bola pada separuh masa pertama.
70′ Gol | Sepakan percuma David da Silva merapatkan jurang gol buat pasukan tuan rumah!@FCTerengganu 1-2 @kda_fc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/oLUPEzlCnm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 21, 2021
Babak kedua juga menyaksikan JDT kekal menguasai perlawanan dan membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Mohamadou Sumareh dan Syahrian Abimanyu untuk menambah sengat di barisan serangan.
Asakan bertubi-tubi JDT ke kubu PJ City membuahkan hasil apabila Mohamadou Sumareh berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus memadam semangat melawan PJ City.
JDT kini hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan liga dengan hanya Kedah yang mampu menghalang penguasaan JDT dalam Liga Malaysia.

Dalam perlawanan lain, Selangor meneruskan rentak cemerlang dengan menundukkan Perak 3-1 di Ipoh dan menambah tekanan kepada Perak yang semakin menghampiri zon penyingkiran dengan berbaki 3 perlawanan.
Di Kuala Terengganu, Terengganu FC gagal mengambil kesempatan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 di tangan Kedah dan kini sudah tidak mampu mencabar kejuaraan.
Add Comment