Bola Sepak

Daniel Wafiuddin hadirkan kegembiraan buat Tok Gajah


Selaku penjaga gol ketiga pasukan, Daniel Wafiuddin membuktikan dirinya sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

DISEBALIK kekalahan 0-2 Sri Pahang FC yang meneruskan rentak kekalahan kesembilan buat pasukan, kemunculan penjaga gol muda, Daniel Wafiuddin Sa’dun nyata mencuri perhatian peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Tok Gajah.

Berusia 24 tahun kelibat kali pertama penjaga gawang bersama Sri Pahang dalam aksi Liga Super tidak mengecewakan apabila berjaya mengagalkan sekurang-kurangnya tiga percubaan tepat ke gawangnya.

Bagi pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh, pujian seharusnya diberikan buat Daniel selepas membantu pasukan pada aksi malam ini.

“Saya boleh bagi kredit juga kepada dia, selepas sekian lama dia duduk sebagai pemain ketiga dibangku simpaan, nampak hari ini dia ada membantu jugak,” tegasnya.

Lahir pada 16 Mac 1997, Daniel Wafiuddin yang merupakan penjaga gol ketiga pasukan turun menggalas peranan benteng terakhir pasukan selepas Helmi Eliza dan Zarif Irfan Hashimuddin masih dibelenggu kecederaan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: