
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain akan tetap meneruskan corak permainan dan taktikal dengan kualiti pemain yang sedia ada pada baki perlawanan saingan Liga Super tanpa perlu melakukan sebarang perubahan.
Jelasnya, kekalahan 1-2 pada Kedah Darul Aman FC malam tadi tidak akan dijadikan alasan untuknya merubah corak permainan malah menganggap pasukannya ketika ini masih berada dikedudukan kedua terbaik.
“Adakah kita kalah malam ini, kita nak ubah permainan, kita bermain dengan kualiti yang ada dengan permainan macam nie pun kita masih berada di kedudukan kedua terbaik liga.
“Takkan kita nak main bola dari bawah terus buat hantaran ke atas, nak kena tengok jugak saiz pemain kita macam mana.
“Saya rasa walaupun kalah malam ini bukannya dunia sudah berakhir, kita kekalkan dengan cara kita, biar orang lain main macam mana,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Mengulas aksi pemainnya malam tadi, Nafuzi melihat seandainya gol dapat dijaringkan pada awal permainan pastinya akan merubah corak barisan pemainnya.
“Memang kita harapkan gol awal, kerana ia akan memberikan keyakinan dan kesabaran kepada pemain. Kita bermain mengikut apa yang dirancang cuma gagal menjaringkan gol.
“Sedikit kesilapan dihukum lawan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan pemain,” uajrnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu, gol pelawat dijaringkan Rabih Ataya dipenghujung babak pertama sebelum Mohd Syazwan Zainon menjaringkan gol kedua selang lima minit babak kedua bersambung.
Gol tunggal TFC dijaringkan Penyerang kelahiran Brazil, David Da Silva pada minit ke 69.
Kekalahan skuad Penyu malam ini bagaimanapun masih mengekalkan mereka ditangga kedua liga dengan 37 mata selepas 19 perlawanan manakala KDAFC di tangga keempat dengan 32 mata selepas 16 perlawanan








Add Comment