Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh seakan-akan buntu memikirkan ketumpulan jentera serangan apabil terus gagal melaksanakan peranan hingga menyebabkan skuadnya tewas 0-2 pada aksi menentang Kuala Lumpur City FC malam tadi.
Baginya, situasi ini jelas dirasai apabila beberapa peluang menjaringkan gol diterjemahkan terutamanya pada baki 20 minit terakhir babak pertama.
“Banyak peluang yang ada tetapi jumpul jentera serangan, susah nak jaringkan gol, tak tahu kenapa dan bagi latihan penyerang buat rembatan dan benda ini masih lagi berlaku, itu yang buatkan pemain pertahanan seakan-akan tidak puas hati dan naik hingga mengundang kesilapan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Mengulas aksi pemainnya malam tadi, Dollah mengakui babak kedua mereka tidak beraksi sebagaimana diharapkan selain beberapa kesilapan mudah menghukum pasukan.
“Kita banyak leka dan gol yang diberikan adalah tidak sepatutnya yang berpunca dari kesilapan, pemain juga dilihat tertekan untuk mendapatkan gol dan akhirnya pasukan menerima padah,” ujarnya.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, dua gol pelawat dijaringkan Romel Morales pada minit ke-49 sebelum penyudahan sempurna Zhafri Yahya untuk gol kedua pada minit ke-71 memastikan kemenangan mutlak skuad bimbingan Bojan Hodak.
Sri Pahang ketika ini berada dikedudukan sembilan liga mengumpul 17 mata selepas empat kemenangan, lima seri dan sembilan kekalahan daripada 18 perlawanan yang telah dilaluinya.









Add Comment