EPL

The Reds sedia beri gaji paling tinggi buat Salah


LIVERPOOL mula membuka kertas kerja baharu untuk menjadikan Mohamed Salah penerima gaji paling tinggi sejarah kelab bagi tempoh kontrak empat tahun akan datang.

Pemain sayap Mesir itu antara salah seorang pemain penting dalam skuad Jurgen Kloop yang kini menerima gaji 200,000 paun (RM1.2 juta) seminggu dengan baki kontrak sehingga 2023.

Pengarah The Reds Michael Edwards kini kelihatan sibuk dengan menyediakan kontrak baharu termasuk kepada Virgil van Dijk, Alisson Becker dan Trent Alexander-Arnold.

Salah mempamerkan aksi baik ketika kempen pertama liga minggu lalu.

Menurut laporan The Athletic, Liverpool mahu menyambung kontrak Salah dengan tempoh dua tahun sehingga 2025 dengan rekod perjanjian bagi kelab Merseyside ini.

Perjanjian ini bermakna Salah bakal mempunyai kontrak sehingga usianya 33 tahun dan boleh menyambung kariernya di Anfield sehingga lapan tahun.

Pemain berusia 29 tahun ini merekodkan 126 gol, 49 pembantu gol dalam 204 perlawanan sejak tiba dari Roma pada tahun 2017.

Setakat ini Van Dijk menerima gaji paling tinggi di kelab dengan 220,000 paun seminggu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: