EPL

Lukaku kembali , Man City perlu bangkit


Lukaku dijangka turun beraksi pada pertembungan menentang Arsenal, Ahad ini.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEMBALINYA semula Romelu Lukaku bersama Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 selepas meninggalkannya pada 2014 menghangatkan aksi minggu ini depan pertemuan menentang Arsenal pastinya menjadi tumupuan.

Lukaku yang pernah menyarung jersi Chelsea dari tahun 2011 hingga 2014 sebelum berkelana ke Everton, Manchester United dan Inter Milan dijangka membuat penampilan pertama di laman sendiri Ahad nanti.

Selepas meraih kemenangan 3-0 mengatasi Crystal Palace, Sabtu lalu , skuad kendalian Thomas Tuchel ini pastinya inginkan rentak kemenangan berterusan dengan prestasi Arsenal yang mengejutkan apabila tewas 0-2 kepada pendatang baharu, Brentford pada aksi pembukaan saingan awal pagi Sabtu lalu.

Namun sebelum aksi Chelsea dan Arsenal, beberapa perlawanan lain yang dijadualkan berlangsung pada esok tidak kurang hebatnya dengan Manchester City pastinya ingin bangkit dari kekalahan tipis 0-1 di tangan Spurs tempoh hari apabila berdepan Norwich City dilaman sendiri.

City tewas 0-1 hasil jaringan Son Heung-Min.

CITY PERLU ELAK CICIR MATA

Penyandang juara ini sudah pasti mahukan tiga mata penuh untuk mengelakkan terus tercicir mata dikala pencabar lain y memulakan kempen dengan kemenangan.

Aksi Liverpool menentang Burnley di Anfield akan membuka saingan awal malam esok dengan kelebihan dilihat memihak tuan rumah selepas kejayaan 3-0 mengatasi Norwich City tempoh hari.

Tumpuan pastinya terarah kemungkinan pertahanan baharu, Ibrahima Konate akan membuat penampilan pertama dalam saingan kompetitif ini atau terus berada dibangku simpanan melihat aksi rakan sepasukan.

Lain-lain perlawanan adalah membabitkan aksi Aston Villa menanti kunjungan Newcastel United di Villa Park,Crystal Palace berdepan Brentford dan Everton yang pada awal musim lalu begitu garang akan bertandang ke Elland Road menentang Leeds United.

Gandingan Paul Pogba dan Bruno Fernandes memastikan kemenangan besar 5-1 pada aksi pertama minggu lalu.

KEKALKAN MOMENTUM

Manchester United yang kini memimpin liga selepas kemenangan besar 5-1 ke atas Leeds United tempoh hari akan berdepan dengan Southampton di St Mary dan melihatkan prestasi semasa dipamerkan Man Utd tidak berdepan masalah pulang dengan senyuman.

Brighton pula menanti kunjungan Watford manakala Wolves bertemu Spurs di Molinuex manakala bagi perlawanan,  West Ham United dan Leicester City pula akan diadakan pagi Selasa.

Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading