Bola Sepak

Pemain perlu sedia hadapi sebarang kemungkinan


Trucha mahu pemainnya sentiasa bersedia dan membuktikan kemampuan apabila diturunkan beraksi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA Jurulatih Penang FC, Thomas Trucha mahu barisan pemainnya sentiasa bersedia memberikan persembahan berkualiti seandainya diberikan peluang turun selaku kesebelasan utama.

Jelasnya, pemain perlu berkerja keras dan membuktikan kemampuan apabila turun berdepan lawan.

“Saya perlu gunakan pemain-pemain yang ada untuk mereka tetap bekerja keras tidak kira siapa pun yang diturunkan dalam aksi.

Pada aksi menentang Kedah Darul Aman Selasa lalu, Penang FC tewas 1-4 kepada tuan rumah dan ini adalah rentetan kekalahan kedua dilaluinya dimana sebelum itu juga gagal meraih sebarang mata selepas kecundang 2-4 kepada Selangor.

Mengulas aksi anak didiknya ketika berdepan Kedah, Trucha tidak menganggap ketiadaan empat pemain import iaitu Casagrande, Endrick Dos Santos, Rafael Vitor serta Ryuji Utomo menjadi punca utama kepada kekalahan tersebut.

“Saya tidak rasa ketiadaan mereka jadi sebab utama, kerana punca utama adalah percaturan yang tidak menjadi dan untuk dapatkan keputusan yang baik, memang kena perlukan latihan yang betul-betul baik tidak kira pemain mana yang akan bermain.

“Kedah adalah pasukan yang kuat dan percaturan kami pada malam itu  tidak menjadi untuk mengatasi penguasaan lawan,” tegasnya.

Penang FC ketika ini berada dikedudukan ketiga selepas 18 perlawanan mengumpul 31 mata hasil sembilan kemenangan, empat seri dan lima kekalahan.

Pada aksi ke 19 Liga Super, Harimau Kumbang akan berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu berdepan Sabah FC pada hujung minggu ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading