
PEMAIN tengah Itali, Manuel Locatelli menyertai Juventus sebagai pemain pinjaman selama dua tahun dari Sassuolo.
Juventus akan menandatangani Locatelli secara tetap pada 2023 dengan 37.5 juta Euro (RM185.7 juta) termasuk bonus, selepas perjanjian pinjamannya berakhir.
Pemain berusia 23 tahun itu melakukan penampilan pertama di liga utama bersama AC Milan pada 2016 pemain dari akademi Atalanta sebelum menyertai Sassuolo dua tahun kemudian.
Locatelli akan menyertai rakan sepasukannya di Euro 2020 antaranya Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Federico Chiesa dan Federico Bernardeschi di Stadium Allianz.
Add Comment