Bola Sepak

Boleh runding jika ada tawaran 100 juta euro ke atas Dusan Vlahovic


Atletico Madrid dan Tottenham Hotspur antara pasukan yang menunjukkan minat untuk mendapatkan Vlahovic.

FIORENTINA hanya akan membincangan perpindahan penyerang muda mereka yang sedang meningkat naik, Dusan Vlahovic seandainya mendapat tawaran 100 juta euro.

Presidennya, Rocco Commisso berkata, sukar untuk membincangkannya pada masa ini, kerana walaupun sebagai presiden Fiorentina saya tidak dapat mengatakan dengan pasti.

“Sekiranya ada perkembangan, sudah pasti media akan diberitahu terlebih dahulu kepada umum dan tepat pada masanya. Apa yang pasti ialah kami ingin menyimpannya.

“Namun jika ada tawaran 100 juta euro, saya akan memikirkannya dengan teliti. Pandemik ini telah menyukarkan banyak kelab, termasuk Fiorentina.”

“Anda tidak boleh sombong dengan menolak wang sebanyak itu ,” ujarnya kepada Football-Italy.

Vlahovic dibawa masuk dari Partizan Belgrade pada tahun 2018. Walaupun baru berusia 21 tahun, Vlahovic menjadi tumpuan dan taruhan pasukan untuk merobek gawang lawan.

Musim lalu, Vlahovic tampil cemerlang setelah membuat 21 gol dan dua assist di Serie A. Vlahovic juga dinobatkan sebagai pemain muda terbaik.

Ketika ini beberapa kelab mula menarik perhatian pemain ini antaranya, Atletico Madrid dan Tottenham Hotspur yang terdesak untuk membawanya seandainya Harry Kane meninggalkan mereka.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading