Permotoran

MotoGP Malaysia 2021 dibatalkan


KEJOHANAN Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 22 hingga 24 Oktober ini dibatalkan susulan sekatan perjalanan akibat Covid-19.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan pemegang hak eksklusif televisyen dan komersial MotoGP, Dorna Sports mengumumkan pembatalan tersebut sebentar tadi.

Dorna dalam satu kenyataan menjelaskan, keputusan itu terpaksa dibuat berikutan keadaan pandemik Covid-19 dan sekatan kemasukan ke Malaysia.

“Kami berharap selepas ini perlumbaan MotoGP dapat diadakan pada musim 2022 di hadapan peminat Malaysia. FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan saingan tersebut akan kembali ke Litar Misano pada 22 hingga 24 Oktober,” katanya.

Ini adalah kali kedua saingan yang sepatutnya berlangsung 24 Oktober depan di Sepang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Pusingan di Malaysia untuk kejohanan dunia itu berdepan nasib sama seperti di Thailand, Jepun dan Australia.

Misano akan mengambil alih tempat Litar Antarabangsa Sepang yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading